Terma

Berikut syarat dan terma pembelian produk di Sabahdaily Store. Sila baca dengan teliti segala syarat dan terma tersebut. Jika anda telah membeli sebarang produk bererti anda perlu mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.

 

Pembeli Produk

  • Pembelian perlu dibuat melalui laman web Sabahdaily Store sahaja.
  • Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.
  • Setiap pembeli adalah terikat dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini serta pada produk yang telah anda beli tersebut.
  • Pembeli adalah DILARANG menyebarkan produk ini secara haram sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya secara percuma dalam apa juga bentuk sekalipun tanpa kebenaran.
  • Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap ketika membuat pembelian sebarang produk sebagai rujukan kami dan untuk memudahkan proses pengurusan. Butiran yang dikirimkan adalah SELAMAT serta terpelihara bersama kami.
  • Setiap informasi / link download / Produk / Bonus yang ditawarkan adalah HAK MILIK penerbit dan pembeli seorang sahaja. Pembeli tidak dibenarkan berkongsi maklumat tersebut bersama pihak lain.
  • Pembeli akan menerima setiap kemaskini (update) produk menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa pembelian.
  • Pembeli layak menerima Support / Bantuan berdasarkan panduan maklumat yang telah disediakan.
  • Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika melanggar mana – mana syarat yang telah ditetapkan.

 

Hak Cipta Terpelihara

Semua produk adalah produk berbayar dan terkandung dalam HAK CIPTA terpelihara. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama sekali.

Semua produk harus dibeli daripada pemilik dan penerbit asal melalui laman web SABAHDAILY STORE sahaja.

Sebarang produk tidak dibenarkan dijual semula atau disebar secara percuma dalam apa juga keadaan tanpa kebenaran.

 

Penafian

Panduan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pembelajaran penulis semata – mata dalam bidang berkaitan. Ia berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.

Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan panduan yang diberikan adalah tepat dan lengkap. NAMUN memandangkan informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah informasi dan langkah yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai lagi digunapakai pada masa hadapan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat dan lengkap selamanya. Pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandunganproduk ini, secara langsung atau tidak langsung.

 

Bantuan & Support

Untuk memudahkan anda, kami turut memberikan anda bantuan dan support. Anda boleh bertanya sebarang masalah dan persoalan yang timbul berkaitan dengan produk ini. Sebarang persoalan boleh diajukan melalui menu HUBUNGI.

Kami akan menjawab setiap persoalan yang diberikan dengan seberapa segera. Di samping itu kita juga boleh berkongsi panduan dan pengetahuan berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan.

Bantuan hanya diberikan berdasarkan panduan yang telah disediakan. Lain – lain bantuan adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan mungkin akan dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

 

*Terma & Syarat akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan tertentu.

ADMIN